Testimoni Pelanggan Berpuas Hati

Pengalaman Saya
Ditulis oleh: Cik Ayue

Salam awak!

Menjak-menjak lepas raya ni..ramai sangat yang tegur berat badan saya naik! Makin mokmok! Mana tak nya, raya hari tu saya hentam je makan semua benda. Berminyak ke..berlemak ke..semua saya bedal..Mak la ni..masak sedap sangat..err…salahkan mak pulak ek..haha! Masa tu perkataan “DIET” hilang kejap dari kamus hidup..nak exercise lepas raya? Alasan standard dari saya, “Busy sangatlah! Takda masa~ “ Hmmm..

So hari tu, masa dapat invite untuk ke Mayfair Bodyline Treatment, saya macam…….yeay!! Memang sangat-sangatlah diperlukan..boleh manjakan diri sebab penat masa raya pun tak habis lagi kan.

ayue01
Bertempat di Mayfair Bodyline, Beauty Hall Pavilion.

ayue02

Untuk awak yang tidak tau, Mayfair Bodyline ni sudah berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang kecantikkan dan kelangsingan dan mempunyai 31 cawangan di seluruh Malaysia.

ayue03
Sampai saya di sana, saya kena isi boring pertanyaan ni dulu. Tujuannya untuk mereka tau keadaan badan kita ni macam mana..ada allergy ke..takde ke..semua ada dalam tu

ayue04
Kemudian saya dipanggil oleh pakar perunding mereka untuk diberi penerangan tentang keadaan wajah saya.

ayue05
Tengok tu..4 kotak besar dalam skrin tu adalah keadaan kulit saya sekarang. Sangat kering dan tidak sihat.

ayue06
Selesai tentang wajah, saya diberi penerangan tentang badan pula. Kalau tadi kulit saya kering dan tidak sihat, untuk badan pula lagi lah kan..mokmok sangat dah ni oiii~

ayue07
Tak sanggup sebenarnya nak timbang..huhu..tapi nak buat rawatan kan..kena la tau berat badan saya berapa..and please, jangan tanya berapa okey?! Hahah

Berdasar analisis pakar perunding Mayfair Bodyline tadi, mereka menawarkan saya membuat 4 rawatan..3 rawatan badan, dan 1 rawatan muka..yeay!!

ayue08
haa, ni la tempat saya diberi rawatan muka dan badan. Sangat selesa. Siap ada muzik yang sangat menenangkan jiwa sampai saya hampir-hampir terlelap tau!

ayue09
Ini pula robe, pakaian saya sepanjang rawatan tu nanti J

Untuk badan, rawatan pertama saya ialah SlimMaster!
ayue10
ayue011
Ni adalah mesin SlimMaster yang mereka gunakan untuk rawatan ini. Apa yang menariknya, 1 sesi SlimMaster ni bersamaan dengan 125mg Liposuction lemak tau! Ohsem gila kan?

ayue12

Semasa rawatan ini, awak akan dengar satu bunyi dimana hanya awak sahaja yang akan dengar walaupun pakar rawatan Mayfair tu ada kat sebelah awak! Bunyi tu adalah ultra-bunyi yang mencipta dan menjana mikro-buih yang melanggar permukaan sel-sel lemak untuk memecahkan lemak . Kemudian ia diserap oleh sistem limfa dan sistem perparitan yang akan disingkirkan daripada badan. Rawatan ini juga merangsang badan untuk meningkatkan rembesan enzim LPL yang menguraikan asid lemak menjadi tenaga.

Untuk bagi awak lebih faham tentang SlimMaster ni, saya sertakan video bagaimana SlimMaster ni boleh memecahkan lemak dengan hanya 5 minit!

Lepas dari rawatan SlimMaster ni..seriously, saya memang nampak perubahan ketara yang berlaku pada badan saya. Lemak-lemak yang dulu keras je sekeling perut tu jadi lembik. Itu maksudnya lemak-lemak saya da pecah dan mengecil! Yeay! Nak tepek gambar before and after macam tak sesuai plak kan? Hahah :p

Rawatan kedua pula adalah CLA Chili Slimming
CLA Chili Slimming merupakan salah satu rawatan Mayfair yang sangat berkesan dan Mayfair adalah salah satu syarikat yang pertama di Malaysia yang memulakan rawatan ini dalam industri pelangsingan badan.

ayue13

Mayfair Chili Krim ini mengandungi intipati CLA – capsicum yang diekstrak dari benih cili. Ia berkesan dan serta-merta merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan. Chili Krim ini turut membantu peningkatkan peredaran darah dan saliran limfa.

Semasa rawatan ini, Chili Krim ni disapukan ke seluruh badan saya dan kemudian saya dibalut dengan plastic wrap!

Seterusnya rawatan ketiga. HEAT Circulation.
Lepas dibalut dengan plastic wrap tadi, saya dibalut pula dengan heat blanket. Heat blanket ini membantu dalam melegakan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pembendungan cecair.

Yang bestnya, lepas pakai heat blanket ni, saya keluar banyak sangat peluh tanpa sedar dan heat blanket ni takde la panas mana walaupun saya dibalut dengan chilli krim tadi. Saya sempat lelap sekejap masa rawatan ketiga ni selama 30 minit..hehe..nampak sangat tak betapa selesanya saya..sampai terlelap..melampau betol.. :p

Lepas dari SlimMaster yang memecahkan lemak tu, pakai pula Chili Krim, dan kemudian heat blanket..memang lagi ketara la kan perubahan yang saya nampak..badan pun rasa ringan dan selesa je..Okey, selesai rawatan untuk badan..kita ke rawatan muka pulak..yeay!

Saya diberi rawatan Medijet-Face untuk rawatan muka sebab kulit saya kering.
ayue14

ayue15
Ni pula adalah mesin Medijet-Face tu ye. Masa rawatan ni, saya rasa kulit muka saya macam bergegar..hehe..dan last, mereka pakaikan saya mask untuk menambahkan nutrient dan melegakan kulit saya lepas gegar-gegar tadi

ayue16
Yang bestnya, Medijet-Face ni boleh menampakkan kesan walaupun pada rawatan pertama.

ayue17
Haaa, nampak tak perubahan sebelum dan selepas saya menggunakan Medijet-Face ni? Ketara kan?
Selepas, eye-bag saya berkurangan..pipi saya makin naik dan gebu..dan paling penting saya dapat rasa kulit saya lembab..tak kering lagi~

ayue18
Gambar-gambar ni semua takde filter ye..tujuan saya adalah untuk awak tengok sendiri kesan sebenar selepas saya menerima rawatan dari Mayfair Bodyline ni

ayue19
Ni la dia orang yang tahan melayan kerenah saya sepanjang rawatan tadi..hehe

ayue20
Dan ni pula adalah sebahagian dari pakar perunding Mayfair Bodyline yang sangat professional dan ramah. Saya tak rasa kekok langsung masa berada di sini