Blog Impian Anggun

Buah-buahan Membantu Kekalkan Kelangsingan
Ditulis oleh: admin / March 26, 2015
Mix fruits

Tahukah anda bahawa kandungan air dalam buah-buahan juga cukup membantu mengekalkan dan menjaga tahap cairan dalam tubuh? Oleh itu, buah-buahan ini dapat membantu diet seharian anda terutamanya untuk anda yang sedang berdiet! Antara buah-buahan yang membantu anda mengekalkan kelangsingan adalah:

Betik
Betik kaya dengan kandungan nutrisi yang penting dan bermanfaat untuk tubuh. Ia membekalkan nutrisi seperti enzim, garam mineral serta beberapa jenis vitamin. Enzim terkandung dapat membantu memecah protein dalam makanan dan membantu menjaga sistem pencernaan yang lebih sihat. Selain itu, kandungan kalori dalam betik juga cukup rendah dan tidak mengganggu pelan diet anda!

Nanas
Buah yang isinya berwarna kuning ini memiliki rasa manis dan menyegarkan. Bukan itu sahaja, ia mampu membantu menyingkirkan timbunan lemak dalam tubuh! Dalam buah nanas terkandung beberapa nutrisi penting antaranya vitamin C. Vitamin C berfungsi untuk mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Kandungan seratnya juga dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama!

Pisang
Tekstur lembut merupakan ciri dari pisang yang menjadikannya mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Walaupun pisang tidak membantu membakar lemak di dalam tubuh, tetapi ia akan menunda rasa lapar dan tidak membuat anda makan secara berlebihan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam tubuh, menjadikanya pilihan sarapan yang baik.

Anggur
Pengambilan anggur setiap hari dengan teratur berupaya membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan pada tahap yang ideal. Satu kajian melaporkan bahawa dalam anggur terdapat unsur piceatannol yang memiliki kemampuan untuk menghalang sel lemak yang belum matang untuk berkembang. Piceatannol ini juga baik untuk kesihatan tubuh badan kerana dipercayai mampu melawan sel kanser, penyakit jantung dan penyakit neurodegeratif.

Avocado
Buah berwarna hijau dengan tekstur lembut ini mengandungi lemak tidak tepu yang berkesan untuk mengekang rasa lapar. Ia juga meningkatkan leptin iaitu hormone yang turut memberi fungsi yang sama. Pengambilan avocado akan membuatkan perut merasa kenyang dalam tempoh waktu yang cukup lama. Selain itu, avocado juga merupakan sumber lemak sihat dalam diet dan dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat.