Testimoni Pelanggan Berpuas Hati

Kembali Langsing dan Berseri-seri, Sememangnya Impian Semua Wanita Hari Ini
Ditulis oleh: Ayu Arjuna

Usai lepas berpantang, badan ada sikit laii bentuknya. Phhhhhfuhh, mengeluh tengok body sendiri…Dengan simpton muka kurang bermaya, sebab harus berjaga malam memang menjadikan penampilan diri kurang berseri-seri. Selebet gitew. Huhuhu..

ayu01

So, bila dapat sekali-sekala memanjakan diri Pusat Kecantikan dan Perlansingan Badan memang buat saya hepi. Siyes, apatah lagi ianya di Mayfair Bodyline yang cukup ternama dan dikenali.Untuk pengetahuan uolls, “Mayfair Bodyline merupakan Pusat Perlansingan, Kecantikan dan Spa yang sudah berada dalam 29 tahun didalam industri ini. Direka khas sebagai “Pusat Sehenti” yang menawarkan servis menggunakan peralatan berteknologi tinggi serta mesra dan selesa persekitaran. Dioperasikan bersama pasukan pofesional mencakupi konsultan terlatih dah therapist yang dedikasi. Selain dari rawatan muka (facial) dan rawatan perlangsingan badan yang memuaskan, di Mayfair Bodyline juga memberi jaminan yang anda pasti seronok menikmati perkhidmatan dengan keputusan hasil rawatan yang menakjubkan.

ayu02
Memiliki badan seperti Angie Lee memang telah diidami di hati, Huhuhu..

ayu03
Sampai sahaja di Mayfair Bodyline di Pavilion (ok, saya terjah yang di sini ya). Saya disambut oleh kosultan profesional dari outlet sini. Sebelum dibuat ujian lain, berat badan dan ketinggian perlu diambil dahulu. Ini adalah paling penting. Nak tahu BMI diri kan :=p

ayu04
Sambil-sambil mendengar penerangan dari dari pihak Mayfair Bodyline saya dihidangkan dengan air teh bunga tanpa gula. Wah, minum panas-panas memang nikmat.

ayu05
Sesi konsultansi bermula. Dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi. Kita akan dapat lihat masalah kulit yang dihadapi oleh saya.

ayu06
Peh! Memang ngeri. Ni simpton bila dah berumur, hahaha. Dan juga tak menjaga kulit badan dengan sewajarnya. Ok, saya belajar sesuatu hari ini…hikhik

ayu07
Hasilnya, beberapa masalah badan dikenalpasti. Punca dan kawasan lemak di badan berlebihan juga diketahui. Dan dari keputusan ini konsultan professional Mayfair Bodyline akan mengesyorkan kita jenis rawatan yang diperlukan oleh diri.

ayu08

So, rawatan yang disyorkan kepada saya adalah:-
Slim Master
Rawatan intensif “ultra-sound” yang membina “micro-bubbles” yang membantu memecahkan sel-sel lemak. Seterusnya ianya akan diserap ke system “lymphatic” dan system pembuangan dan seterusnya dihapuskan daripada badan. Selain itu ianya membantu stimulasi badan dengan meningkatkan enzim LPL yang menukarkan asid lemak kepada tenaga.

CLA Chili Slimming
Rawatan ini antara yang menjadi fevered dan popular di Mayfair. Dengan extrak pati dari biji cil, elemen aktif yang terdapat dalam capsicum membantu mengurangkan lemak di badan secara efektif.

Heat Circulation
Blanket panas yang mampu meredakan tegangan, memperbaiki kitaran darah dan mengurangkan “fluid retention”.

Perfect Herbal
Rawatan ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, kombinasi dan kulit berparut kesan daripada jerawat serta jeragat. Ianya memperbaiki kesan kulit muka yang berparut (kesan daripada jerawat). Bahan yang digunakan seperti “Burdock” yang memapu melembut secra dalam dan berkesan. Kelebihannya ianya “anti-mirobial”, “bacteriostatic” dan “anti-fungal”. Selain itu ianya juga mengandungi “Ykang Ylang” yang mana mampu melembut dan melicikan kulit. Bahan lain seperti Aloe Vera dan “Willow Extract” masing-masing memliki kelebihan dalam mempaiki dan mencantikkan kulit secara semulajadi.

Energy Point Treatment
Cara Tindakan:
Memperbaiki kitaran darah, “lymphatic circulation” dan juga mengurangkan “water retentions”.

Sementara menunggu therapist, boleh bersiap-siap tukar pakaian (pakaian khas diberikan), ke tandas jika perlu dan bersantai di sini. Memang sangat selesa uollls.

ayu09
Kali ini saya diberikan secangkir kecil air bunga. Pehh harum dan segar!

ayu10
Di bilik ini segala kelengkapan rawatan telah disediakan. Suhu bilik juga sangat nyaman. Memang Nampak katil kat situ memang rasa nak melenakan diri terus.

ayu11
Kenalkan minyak terapi yang digunakan. Saya diberitahu “essence oil” ni dipebuat dari herba yang bermutu tinggi dari Spain.

ayu12
Oh ya, rawatan pertama saya hari ini “Slim Master Intensive ultra-sound” .
So, ini adalah mesin yang digunakan. Walaupun Nampak kompleks, namun menurut therapist saya ianya memang bagus dan memberi kesan yang menakjubkan setelah menggunakannya.

Sebelum proses “shapping” dilakukan. Therapist ada membuat sedikit urutan dikaki bagi melonggarkan bahagian yang mampu menyekat lemak dari berterusan berkumpul di satu tempat.

Kemudiannya menggunakan mesin canggih ini, Therapist telah membuat urutan di bahagian kawasan lemak yang paling banyak kelihatan. Macam kes saya tentulah di perut ya.

ayu13
Semasa proses dijalankan, saya memang terasa berdengung. Menurut therapist, saya sahaja yang merasainya. Semakin kkuat bungi dengungan, bermakna kawasan disitu ada lebihan lemak yang ketara.

ayu14
Usai pemecahan lemak, Therapist segera menggunakan satu lagi alatan untuk mengalihkan kawasan lemak ke kawasan sepatutnya. Di sini memang ketara sangat uolls. Sebelum ni perut saya ada sedikit buncit, kali ni kawasan yang diberi rawatan terasa sedikit kempis. Kagum gue!

ayu15
Seterus proses “Chilli wrap”. Nama jer ada bunyi cili, takde pedas mana, hahaha. Okla, bila diletakkan sahaja krim ni memang terasa sejuk satu badan. Kemudian badan kita akan dibalut dengan plastik

ayu16
Seterusnya kita kena berada dalam “blanket stim” ini.

ayu17
Kalau tak silap saya, ianya mengambil masa 40 minit lamanya. Ok, boleh tidur dalam keadaan tenang dan selesa ..

ayu18
Selesai proses perlansingan, kita teruskan dengan perawatan muka. Kali ini mesin ini digunakan.

ayu19
Dari mula-mula dibersihkan. Diletakkan minyak khas (herba berkualiti), pakai masker sebanyak 2 kali. Sehinggalah proses membuang segala “white heads” dan “black heads” di muka.

ayu20
Urutan di muka. Pakai masker lagi (kali ni herba yang berlainan). Rehat selama beberapa minit. Mencuci sampai bersih. Dan siap…..terasa besh giler

ayu21
See, berseri-seri saya selepas menerima rawatan di Mayfair Bodyline

ayu22